newsroomcafe1

Ayer@8 yang terletak di Presint 8 ini boleh dikira suatu kawasan yang agak baru naik, berdasarkan dapatan saya sendiri setelah beberapa tahun menziarahi  Putrajaya untuk rehat, jumpa kawan-kawan, masuk acara larian dan berbagai aktiviti lain.

Apa tarikan di Ayer@8?

Bukan sahaja bermacam-macam kedai termasuklah restoran dan kafe yang menjadi tumpuan, di Ayer@8 ini juga ada kawasan lapangnya yang menghadap tasik Putrajaya yang nampaknya sungguh popular dengan pengunjung-pengunjung setiap kali saya ke sana baru-baru ini.

Antara tarikan yang paling ketara di situ adalah aktiviti-aktiviti berbeca, berbasikal dan bermain “bubbles.”

Ada juga pengunjung-pengunjung yang mengambil angin berjalan-jalan di tepi tasik dan ada juga yang berjogging di kawasan itu.

Teruja saya dengan suasana meriahnya.

Kedai Bubbles & Beans di tingkat bawah ada menyediakan sewaan beca, basikal dan kenderaan mainan lain. Gerai menjual ais-krim pun ada di lokasi.

Untuk anda yang nak cari tempat untuk membawa keluarga bersantai, mungkin Ayer@8 boleh menjadi satu pilihan?

Lepas menjamu selera bolehlah mengambil angin di tepi tasik tu!

Oh ya! Salah satu landmark yang terdekat dengan Ayer@8 ialah Jambatan Seri Wawasan yang mempunyai struktur menarik. Pancaran lampu-lampu juga suatu tarikan di jambatan itu di waktu malam.

Selamat bersantai!

img_5299
Ramai orang mengunjungi Ayer@8 di waktu lewat petang di hujung minggu
img_5301
Untuk sewaan, Pilih mana yang minat!

img_5306

img_5307
Santai di tepi tasik di Putrajaya
img_5223
Deretan kedai-kedai di Ayer@8 yang menhadap ke tasik.

###

Nota: Perkataan “rehat” di perenggan pertama telah menggantikan perkataan “relak.”

Advertisements