Terletak di pusat kotaraya, suasana di Taman Eko Rimba Kuala Lumpur di sebuah kawasan bukit amatlah menyeronokkan bagi sesiapa yang cintakan kehijauan. Tempat ini memang mempamerkan kelainan dari keadaan kesibukan lalulintas di sekitarnya.

Tidak jauh dari rimba di bukit ini pula, adanya watak-watak kartun Lat yang terpampang arca-arcanya di tepi jalan-jalan di kawasan sekitar stesen LRT Masjid Jamek hinggalah berdekatan ke pintu masuk ke Taman Eko Rimba K.L. di Jalan Raja Chulan.

Manakala nun di atas bukit di mana letaknya rimba itu, terdapat suatu tarikan unik iaitu rumah terbalik! Kalau nak tahu, inilah yang dinamakan Kuala Lumpur Upside Down House. Ini laman Facebook tempat tersebut: http://www.facebook.com/klupsidedown.

Tarikan ini terletak di kaki Menara Kuala Lumpur yang tersergam struktur uniknya.

Keempat-empat tarikan yang disebutkan tadi – arca-arca kartun Lat, Taman Eko RImba K.L., K.L. Upside Down House dan Menara K.L. boleh dikira tidak berapa jauh antara satu sama lain.

Baru-baru ini, saya sendiri berpeluang membuat perjalanan santai ke tempat-tempat ini. Mula-mula tengok kartun Lat dan kemudian ke Taman Eko Rimba K.L. dan di atas bukit itu boleh tengok rumah terbalik dan kemudian ke bangunan Menara K.L.

Penat berjalan kaki beransur hilang bila dapat mempelajari sesuatu yang baru dan juga menikmati kehijauan semulajadi.

Sekiranya anda berminat dan berkemampuan untuk berjalan kaki ke tempat-tempat ini, mungkin anda berminat dengan cadangan laluan perjalanan yang tertera di grafik berikut di bawah ini.

Jangan lupa, semasa di permulaan di Jalan Melaka, cari papan petunjuk (di depan Bank Muamalat) yang ada memaparkan peta di mana letaknya arca-arca kartun Lat.

Nak dapatkan maklumat lanjut tentang Menara K.L., boleh layari laman webnya di www.menarakl.com.my.

Semoga anda seronok menikmati perjalanan ke tempat-tempat ini nanti!

 

awalkingtripinKL 081316 revised

###

Advertisements