Kartunis Lat (Datuk Mohammad Nor Khalid) memang terkenal dengan hasil karya-karya kartun beliau yang lucu dan unik.

Di tengah-tengah kota Kuala Lumpur, ada di pamerkan arca watak-watak dari karya-karya kartun Lat.

Saya sendiri teruja bila pertama kali tersempak dengan sebuah arca dari kartun Lat terletak bersebelahan stesen LRT Masjid Jamek, pada tahun lepas. Rupa-rupanya bukan satu, malah ada lagi watak-watak lain yang turut dipamerkan di kawasan tersebut hinggalah berdekatan dengan Taman Eko Rimba Kuala Lumpur di Bukit Nanas di Jalan Raja Chulan.

Baru-baru ini saya melawati kawasan tersebut dan sempat ambil peluang untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang arca-arca kartun Lat tersebut. Mudah saja untuk mencari maklumat kerana bertempat di hadapan bangunan Bank Muamalat di Jalan Melaka, ada disediakan papan Petunjuk (lihat gambar).

IMG_4746
Papan maklumat dan Petunjuk di Jalan Melaka

Sambil berjalan-jalan melihat arca-arca kartun Lat, saya juga sempat mengambil gambar dan inilah hasilnya :).

IMG_4737

IMG_4757

IMG_4753

IMG_4751

IMG_4819

IMG_4734

IMG_4732

IMG_4765

IMG_4767

IMG_4772

###

Nota:  Sejak diterbitkan, suntingan dibuat ke atas ayat: “Baru-baru ini saya melawati kawasan tersebut dan sempat ambil peluang untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang arca-arca kartun Lat tersebut,”  di mana perkataan “peluang” menggantikan “kesempatan.”

Advertisements