Ini acara menarik – bermula pada 19 Mac hingga 21 Mac ini akan berlangsung Karnival Kelulut Putrajaya 2016 Peringkat ASEAN yang bertempat di Taman Botani Putrajaya.

Kalau ada pembaca di luar sana yang seperti saya, tak tahu sangat tentang lebah kelulut, ini peluang baik untuk tambahkan ilmu. Betul tak? 🙂

Tempat: Taman Botani Putrajaya Presint 1
Tarikh: 19 hingga 21 Mac 2016
Masa: 8.00 pagi hingga 6.00 petang
Tiket: PERCUMA

Karnival ini adalah anjuran bersama oleh:
Perbadanan Putrajaya
Akademi Kelulut Malaysia
Institut Genom Malaysia

 

Sempena acara karnival ini, satu pertandingan fotografi akan diadakan.  Yang berminat bolehlah dapatkan maklumat dari pihak penganjur, sila layari laman Facebook Perbadanan Putrajaya yang ada di sertakan di bawah ini.

Selamat berjaya jika anda mengambil bahagian dalam pertandingan tu nanti! 🙂

Sumber maklumat: Perbadanan Putrajaya (https://www.facebook.com/putrajaya/)

Nota:  Ayat pertama telah disunting selepas artikel ini disiarkan, di mana penambahan “peringkat ASEAN” telah dibuat.

###

Advertisements