“Bersyukurlah dengan ujian yang kita tempuhi, untuk kita sedar fitrah kita di muka bumi.” Ini adalah antara kata-kata di dalam video cerita pendek berjudul Fitrah dari syarikat penerbangan Malaysia Airlines.

Video yang dilihat baru sahaja dimuatnaik ke YouTube beberapa jam lalu, berkisar tentang sebuah keluarga dan sebahagiannya dihiasi dengan cara penceritaan suara latar. Video ini juga menggunakan hashtag #bettertomorrow.

Di dalamnya, ada aksi-aksi sedih yang mampu menyentuh perasaan para penonton dan paparan pengajaran untuk kita memikirkan hal-hal kehidupan kita.

Video yang panjangnya hampir 10 minit ini diakhiri dengan sebuah hadis.

Fitrah, suatu pendekatan yang menarik!

Video oleh:  Malaysia Airlines

###

Advertisements