Naza TTDI memeriahkan lagi suasana raya dengan iklan rayanya berjudul Bandar-Raya yang menyaksikan gandingan AR Badul dan Raja Ema.

Kisahnya bermula dengan paparan rumah mereka yang sekitarnya dikelilingi banyak pokok kelapa sawit. Ketika mereka sedang bersiap untuk menyambut raya, mereka didatangi berita bahawa anak mereka tidak dapat pulang untuk beraya bersama kerana sibuk. Lantas, kedua mereka pun pergi ke rumah anak mereka.

Terdapat aksi-aksi yang mampu membuat penonton tersenyum ketika mereka berdua dalam perjalanan menaiki motorsikal. Video berakhir ketika mereka tiba di rumah anak mereka.

Oh ya! Mengikut apa yang tertera di YouTube, video ini adalah “Part 1.”  Jadi mungkin ada susulan selepas ini. Kita kena tunggulah nampaknya.

Video oleh:  Naza TTDI

 

###

 

Advertisements