Adakah anda masih ingat lagi iklan raya dari Bernas yang memaparkan cerita sedih tentang dua orang anak yatim bernama Ahmad and Fizi pada suata ketika dulu? Bagaimana pula dengan iklan raya mencuit hati Adik dari TM? Mungkinkah masih terbayang suasana seronok merayakan hari lebaran di kampung seperti yang ditayangkan oleh Petronas dalam iklannya Ke Pangkuan Bonda tak lama dulu?

Semenangnya, di Malaysia, sudah menjadi lumrah di mana iklan-iklan hari raya ditayangkan di kaca TV dan juga secara atas talian, untuk meraih perhatian penonton menjelang Aidilfitri. Iklan-iklan disiarkan, samada oleh pihak swasta atau agensi kerajaan, membawa mesej-mesej tertentu dihiasi jalan cerita yang unik.

Di samping video-video digelar iklan, ada juga video-video berupa cerita pendek bertemakan hari raya yang diterbitkan secara atas talian, juga untuk menyampaikan mesej masing-masing, sempena hari raya yang bakal tiba. Video-video cerita pendek secara amnya mempunyai durasi yang jauh lebih panjang dari iklan TV.

Antara iklan-iklan dan cerita-cerita pendek ini, terserlah aksi-aksi dan jalan cerita yang ceria, sedih dan tak kurang pula lucu. Mesej-mesej yang disampaikan termasuklah tentang hal-hal keharmonian dan kekeluargaan yang semestinya memeriahkan lagi suasana bulan puasa dan hari raya.

Dalam masa lebih kurang sepuluh hari lagi Aidilfitri akan tiba. Setakat ini, dilihatkan sudah ada video-video iklan dan juga cerita-certia pendek yang disiarkan untuk tontonan ramai. Kemungkinan ada lagi video yang bakal muncul sehari-dua nanti. Sementara itu, jom kita tengok dulu koleksi berikut yang sempat dikumpulkan.

Tajuk: Iklan Aidilfitri Astro Kosong Kosong
Video oleh: Astro Gempak

 

Tajuk: #SINARAN SYAWAL – HARI RAYA BERSAMA ECOWORLD 2015
Video oleh:  EcoWorld

 

Tajuk: Kad Raya Syafiqa (2015)
Video oleh: PTS Media Group 

 

Tajuk: Kepulangan Aidilfitri Masihkah Ada Syawal 2015
Video oleh: SyncMotion Production

 

Tajuk: Fantasia Naelofar Raya 2015
Video oleh: NH Prima International

 

Tajuk: Cereka Pendek Raya – Lara : Rizalman For Zalora 2015
Video oleh: ZALORA Malaysia

 

Tajuk: Potret Teristimewa
Video oleh: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, JKKN Perak

###

Advertisements