IMG_1692Baru-baru ini saya balik ke kampung dan menggunakan masa terluang melawat stesen keretapi yang bersebelahan dengan kampung tempat tinggal lama saya.

Stesen yang dulu dinamakan Stesen Tampin sudah ditukar kepada Stesen Pulau Sebang (Tampin) sejak kira-kira dua tahun lalu. Pernah saya menulis tentang stesen keretapi di Pulau Sebang ini, yang mana artikel tersebut boleh dibaca di sini.

Wah, memang banyak perubahan bukan saja di kawasan sekitarnya, malah stesen itu sendiri sudah berwajah baru. Bangunan utama stesen kini bertingkat dan mempunyai ruang yang jauh lebih besar dari stesen lama.

Rekabentuk bangunan baru stesen mempunyai ciri-ciri ringkas dan kesederhanaan tetapi menarik dan moden.

Bukan stesen itu saja yang berubah malah banyak kawasan lain di dalam rangkuman Pulau Sebang juga dilanda perubahan. Ini termasuklah penempatan kakitangan-kakitangan stesen di atas bukit bersebelahan stesen sendiri sudah lenyap dan juga sebahagian kawasan penempatan penduduk di pekan Pulau Sebang yang sudah tidak wujud lagi.

Pengalaman melawat stesen tersebut dalam waktu yang singkat mengimbau kembali hidup lampau ketika banyak menghabiskan masa bermain di kawasan itu dan tak lupa juga ketika “menjaga” lembu ternakan keluarga.

Walaupun stesen lama dulu kecil saja saiznya, suasana keseluruhannya, tempat penumpang menunggu dan juga suasana di kedai kopi kecil yang berada di situ membuat saya seronok dan selesa. Bunyi kuat enjin keretapi dah menjadi kebiasaan ketika itu. Kemesraan orang-orang kampung dan pekerja stesen menambahkan keceriaan suasana. Sambil minum kopi dan makan roti berkrim di kafe, seronok juga dapat memerhatikan gelagat-gelagat penumpang keretapi.

Itulah, bak kata orang, tempat jatuh lagi dikenang 🙂

Berikut adalah gambar-gambar yang dirakamkan ketika saya melawat Stesen Pulau Sebang baru-baru ini.

IMG_1689 IMG_1688 IMG_1687 IMG_1686 IMG_1682 IMG_1681IMG_1690

###

Advertisements